Bismillaahirrahmaanirrahiim.....
Mulakan lah setiap perbuatan kita dengan kalimah suci ini...ringkas, pendek tapi penuh dengan keberkatan..ada yang memandang amalan ini remeh lantas meninngalkannya..Oh Alangkah ruginya jika kitalah orangnya..
Ketika kecil2 dahulu saya sering mendengar atau terbaca kisah seorang perempuan yang mulutnya sentiasa membaca Bismillah ketika melakukan apa sahaja pekerjaan. Walaupun perbuatan ini baik namun sang suami merasa tidak senang dengannya lantas terdetik dihati suami ingin menguji sejauh mana kebenaran amalan sang isteri. Suatu hari sang suami meletakkan pasir dalam bekas yang diisi beras, seperti biasa isterinya akan membaca Bismillah terlebih dahulu sebelum mencedok beras untuk dimasak pada hari tersebut. Alangkah terkejutnya sang suami apabila mendapati pasir yang diletakkan dalam bekas beras itu bertukar menjadi beras. Subhanallah!!..bagaimana kalau ianya terjadi kepada diri kita..A'ajiib!!
Yakinlah dengan apa yang dibawa oleh Nabi..boleh jadi perkara yang hendak kita lakukan itu adalah sukar, namun berkat memulakan dengan Bismillah boleh jadi Allah akan izinkan perkara itu menjadi mudah.
Yang penting hati mesti yakin dengan apa yang kita lakukan. Saya yakin setiap orang yang pernah mengamalkan amalan ini pasti merasakan taajub dengan apa yang berlaku.
Jom Istiqamah, mudah2an Barakah sentiasa melimpahi dalam hidup kita dan juga orang yang berada disekeliling kita..Aaamiin
Nasyid bersama Raihan...Berhibur sambil Beringat
Bismillah
Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah mudahan dirahmati Allah
Mulakanlah kerja dengan niat yang satu
Untuk mendapat keredhaanNya
Moga segala urusan dipermudahkanNya
Agar sentiasa dalam kebaikan
Barulah hati kita kan terasa tenang
Dan bersyukur dengan apa yang ada
Buruk dan baik itu ketentuan Allah
Kitalah jua yang memilihnya
Amal yang baik akan membawa ke syurga
Amalan buruk menempah neraka
Hanyalah iman, amal dan juga taqwa
Menjadi bekal dalam hidup kita ( 2X )
Ilmu pelita menerangi kegelapan
Darilah ilmu datangnya amalan
Dari amalan lahirlah kasih sayang
Saling membantu dan bekerjasama
Rezeki yang ada dihulurkanlah derma
Terjalin hidup harmoni bahagia ( 2X )