Buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah
Semoga setiap langkah ntum diiringi dengan mardhiahNYA
Teruskan perjuangan
Memang ianya pahit
Kerana Syurga itu manis
The Zikr – Wahai Mujahid
Wahai para mujahid
Maralah kehadapan
Kerahkanlah tenagamu
Dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu
Sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan
Teruskanlah perjuangan
Ulang 2x
Wahai para mujahid
Janganlah terpengaruh
Ujian nikmat hidup duniawi
Biarpun ianya begitu indah
Namun hanya sementara
Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah
Ulang rangkap satu 1x
Wahai para pejuang kebenaran
Suburkanlah semangat juangmu
Setiap masa sepanjang hayatmu
Dengan irama hiburan ini
Tempuhilah penderitaan
Didalam perjuangan
Kerana itu adalah penghapus dosamu
Berjuang kerana Illahi
Walaupun sedikit tetapkan dinilai
Sebagai amalanmu yang Soleh
Wahai para mujahid
Maralah kehadapan
Kerahkanlah tenagamu
Dan jua fikiran
Korbankanlah hartamu
Sekalipun jiwa raga
Teguhkan keyakinan
Teruskanlah perjuangan
Memang berjuang itu terkorban
Kerana kita berjuang untuk berkorban
Itulah asam garam perjuangan
Syarat mendapat cinta Allah