selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"
www.tips-fb.com

Musafir hamba

Alhamdulillah, syukur diatas nikmat Iman n Islam yang Allah anugerahkan sehingga ke hari ini. Terima kasih yang x terhingga kepada My family especially My Mum yang banyak sangt mendidik anak2 dia seramai 9 orang ni termasuklah diri ini. siapalah diriku tanpa didikan dia..siapalah diriku tanpa sentuhan kasih sayangnya..kecik2 dulu selalu tafsiran saya salah dengan apa yang mak buat. Selalu je buat perbandingan mak kita dengan mak orang lain...hari demi hari tahun demi tahun silih berganti..kini saya semakin faham..semakin meng'iya'kan tindakan mak dulu2..Garang mak bertempat, cerita mak mengasyikkan, didikan mak terkesan di hati...lagi2 bila berjauhan begini...(padahal x lah jauh mana pun Tanjung Malim dengan Shah Alam). 

Mak selalu pesan..esok2 jadi cikgu..jangan mengajar je...mesti ada rasa nak mendidik, nak membimbing budak2 tu. Nak jadi cikgu akhir zaman ni kena jadi cikgu yang hebat, cakap sikit tapi berkesan, bak kata pepatah arab "Ma Qalla Wa Dallaa".Antara petua yang mak bagi...dengan budak2 ni kna rajin bercerita..(jangan cerita merapu pulak) bawakan cerita2 yang ada unsur motivasi, pastu selit ckit ngn unsur peringatan. tak cakap kat budak2 la..kita yang golongan dewasa pun sukakan dengar cerita...betul x?? Dalam Al-Quran pun Allah selalu membawakan kisah2 Nabi yang terdahulu untuk gembirakan hati nabi..


Antara petua lain mak kata, pagi2 baca Surah As-Shaf ayat 9-12..Supaya kelihatan hebat (kita rasa biasa je , tp orang tengok mcm ada aura MantOp)..Mak banyak je bg petua..tinggal lagi rajin atau malas je anak2 dia nak mengamalkan..
setiap kali balik mak mesti tanya...Amal x petua sebelum ni? Alhmdulillah setakat ni i'Allah amal lagi....Mudah2an Allah bagi kekuatan untuk terus Istiqamah..


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi