selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"
www.tips-fb.com

TajuK PenGajaRan...

أيها الطلاب إن شاء الله سندرس عن الموضوع المنادى
Pembelajaran pertama...Jom kita bersama-sama menyelusuri ilmu  dalam relung masa bersama saya.. 


1-Apakah Munada?



Ada 3 jenis penggunaan huruf Munada  sama ada jarak dekat, jarak jauh ataupun kedua-duanya.

Setelah memahami penggunaan huruf Munada, jom kita lihat kategori i'rab pulak


Seperti yang diterangkan dalam gambar rajah di atas, ada 2 cara untuk I'rab Munada..
1-Dengan cara Marfu'
2- Dengan cara Mansub

Sedikit keterangan berkaitan نكرة غير مقصودة , contoh situasi, ada seorang datin sedang berjalan seorang diri di Shopping Complex..tiba-tiba ada seorang lelaki cuba meragut beg tangannya, lantas dia terus menjerit meminta tolong tanpa mengenal pasti sama ada dikenali atau tidak,
"ياَ رَجُلاً أَنْقِذْنِي"  (Wahai lelaki, selamatkanlah aku)

lelaki yang dipanggil tadi mestilah disebut dengan Mansub kerana dia adalah lafaz umum dan tidak ditujukan secara khusus kepada mana-mana lelaki.

Manakala untuk penggunaan نكرة مقصودة  pula adalah seperti situasi berikut:
Seorang lelaki berbangsa Arab baru tiba dilapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ketika hendak turun dari pesawat yang dinaikinya dia ingin membawa barang-barangnya bersama, namun barang yang ingin dibawanya terlalu banyak. Tanpa berfikir panjang ia meminta tolong dengan seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya,

"يَا رَجُلُ سَاعِدْنِي " (Wahai lelaki bantulah aku)
* Perhatikan pada perkataan رَجُلُ yang digunakan berbaris Dhammah (baris hadapan) kerana lelaki yang ditujukan menggunakan lafaz umum dan ditujukan secara khusus.


Sedikit Penambahan jika Munada mempunyai Alif Laam

Nota Tambahan

Rasanya mudah je nak faham nota tambahan ni..
Boleh buat perbincangan bersama rakan anda sekiranya kurang jelas.

*p/s:Jika ada penambahan atau sebarang pembetulan sangat
 dialu-alu kan..


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi