selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"
www.tips-fb.com
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Adakah Anda Hebat???

salam..
Kepada pembaca Budiman sekalian..petang ni saya teringin nak share beberapa info...

Ada banyak cara untuk menjadi orang yang hebat..
kalau ikut salah satu dari petua Mak saya yang tercinta..katanya amal Surah As-Shaf ayat 9-12 Juz 28,.. Alhamdulillah rasa perubahan positif bila mengamalkannya..Tq Mum

Semalam saya dapat lagi satu petua untuk menjadi seorang yang hebat....

kata seorang penceramah yang saya dapat dari rakaman hasmadi88 http://www.youtube.com/user/hasmadi88#p/f katanya bagaimana nak menjadi orang hebat?? kita kena belajar dari Bangsa yang Hebat


Sebab itu Rasulullah pernah bersabda belajarlah kamu dari orang cina 4 perkara :

Pertama : Belajarlah kamu cara-cara nak buat kertas, kerana apa? faedahnya kamu boleh menulis Al-Quran diatas helaian kertas lalu menyebarkan keseluruh dunia

Kedua: Belajarlah cara untuk membuat Sutera..(Aik? bukan sutera haram dipakai oleh orang lelaki ke?) benar tapi cuba lihat apa rasionalnya Nabi suruh belajar buat Sutera..Jawapannya: ia digunakan untuk membalut pedang..Bukankah bagi orang2 Arab, pedang itu satu lambang kemegahan??

Ketiga : Belajarlah daripada orang2 Cina cara2 hendak membuat mercun/bahan letupan.
pastinya kegunaannya untuk peperangan.

Keempat: Belajarlah daripada orang2 Cina cara-untuk membuat tembikar..sebabnya orang Arab ni dia suka simpan air dalam tembaga..sedangkan tembikar lebih elok & selamat untuk menyimpan air, sekalipun dalam cuaca yang panas terik.

p/s: Sekiranya terdapat kesalahan @ penambahbaikan boleh tinggalkan diruangan komen ye..Syukran

Wednesday, April 20, 2011

Berbezanya Kita..!!

Seribu satu rasa nak menulis entry kali ni...secara jujurnya saya bukanlah jenis yang suka nak menulis...tapi kalau suruh bercerita sangat suka..pantang bagi mikrofon..selalu je lebih masa..:)

Sedih melihatkan program realiti kita di Malaysia...banyak yang menyumbang kearah negatif berbanding positif..sedari umur 5 tahun lagi anak-anak kita sudah dihidangkan dengan perkara hiburan..bahkan sampai tahap melampau..Dari bintang kecil, mari menari, kamilah bintang sehinggalah sehati berdansa, mento-mente, akademi fantasia n banyak lagi la...confirm korang lebih tahu..

Benar, hiburan itu tiada salahnya tetapi malangnya hiburan yang tersaji depan mata mereka kebanyakannya tidak kearah hendak menyuburkan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W....apatah lagi untuk mengingatkan mereka tentang keEsaan Allah,..berapa kerat sangatlah program realiti yang ada unsur nak melahirkan insan berjiwa Rabbani...macam Akademi Al-Quran,Imam Muda,Mari Mengaji, Semanis Kurma, Al-Hidayah, Halaqah dan sebagainya. 

Seronok rasanya bila melihatkan satu rancangan realiti bukan versi Melayu tapi versi Arab...rancangan ni nak menguji sejauh mana caknanya kita terhadap apa yang NABI s.a.w ajarkan kepada kita..


Agak-agak kalau berlaku kat kita, mana satu respon kita adakah seperti lelaki yang kedua atau pun buak dek je macam lelaki yang pertama tadi...ermm..bila ye yang versi Melayu akan muncul?? ada tak mana-mana Stesen televisyen Di Malaysia ni sudi nak tayangkan rancangan mcm ni???

Monday, April 18, 2011

Addiinun Nashihah




Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, 
“Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. 

Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan.

Zuhud itu letaknya di hati. 
Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Allah. 

Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Allah. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Allah dan tak terikat dengan dunia.

 Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Allah.

Saturday, April 9, 2011

Zikir Malaikat

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...mg sentiasa dalam rahmat Allah..
entry kali ini saya nak share satu petua...agar dimudahkan urusan..

Ada masa nanti saya share sedikit cerita berkaitan Zikir Malaikat ni ye,...berkejar nak balik shah Alam ni..

Selasa, 12 April 2011
Alhmdulillah segala puji bagi Allah diatas kurniaanNya yang tak terhingga..
Syukur..masih lagi diberi nikmat Iman & Islam..Mudah-mudahan Allah tidak membolak balikkan hati kita dari landasan syariatNya..Aamiin..

Seperti yang dijanjikan..sedikit perkongsian yang nak dikongsikan berkaitan Zikir Malaikat ni..

Salah satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini..ketika mana dalam perjalanan pergi ke tempat program. Perjalanan ke sana memakan masa hampir setengah jam, namun disebabkan hujan yang turun pada hari kejadian, perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut memakan masa hampir Satu Jam..

Biasanya untuk kesana saya akan lalu jalan dalam coz lebih selamat dari kenderaan besar (lori kontena, bas dan yang seangkatan dengannya). Namun cuaca hujan pada hari tersebut menyebabkan saya bersama rakan mengambil keputusan untuk lalu jalan luar sahaja..lagi pula kami bertolak lepas asar. Diringkaskan cerita, lebih kurang 5 minit lagi nak sampai ke tempat yang nak dituju motor saya buat hal..Allaahuakbar!!..ada skru yang tertanggal semasa dalam perjalanan menyebabkan besi dekat tayar motor belakang terjatuh. Ditakdirkan Allah kejadian ni  berlaku elok je bersebelahan dengan kedai makan dan kebetulan orang yang pandai baiki moto ada disitu. Tidak dapat saya bayangkan andai kejadian ini berlaku ketika saya melalui jalan luar yang sering kenderaan besar berada dibelakang saya..hati saya sebak, memikirkan Ya Rahman syukur kau masih memberi ruang pada hambaMu untuk menyucikan diri dari noda sebelum bertemu denganMU..

Ada lagi beberapa peristiwa kecil yang lain...yang tu tak pe lah...biar ia tersimpan dalam memori ingatan saya..



Friday, April 8, 2011

Jom kita saling beringat

Peringatan buat yang sukakannya !!

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi