selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"
www.tips-fb.com

Monday, April 18, 2011

Addiinun Nashihah




Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, 
“Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. 

Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan.

Zuhud itu letaknya di hati. 
Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Allah. 

Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Allah. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Allah dan tak terikat dengan dunia.

 Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Allah.

Saturday, April 9, 2011

Coretan Hati

BUAT SAHABATKU,

TAK TERASA BILA IA PERGI
TP SAYU BILA IA TIDAK KEMBALI
MENCARINYA DENGAN HATI SUCI
LEBIH INDAH DARIPADA MEMILIKI TAPI TIDAK MENGHARGAI
IA DATANG TANPA SERUAN
IA PERGI TANPA ALASAN
KEJARLAH IA SEBELUM HILANG DARI PANDANGAN,
THANKS ALLAH FOR THE GIFT OF
PERSAHABATAN...:)

                


Rindunya pada sahabat2...Mg ntum sentiasa dalam redhaNYa


Group AT49-Bahasa Arab Dengan Pendidikan UPSI


Group Ko- Tulisan jawi...


Zikir Malaikat

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...mg sentiasa dalam rahmat Allah..
entry kali ini saya nak share satu petua...agar dimudahkan urusan..

Ada masa nanti saya share sedikit cerita berkaitan Zikir Malaikat ni ye,...berkejar nak balik shah Alam ni..

Selasa, 12 April 2011
Alhmdulillah segala puji bagi Allah diatas kurniaanNya yang tak terhingga..
Syukur..masih lagi diberi nikmat Iman & Islam..Mudah-mudahan Allah tidak membolak balikkan hati kita dari landasan syariatNya..Aamiin..

Seperti yang dijanjikan..sedikit perkongsian yang nak dikongsikan berkaitan Zikir Malaikat ni..

Salah satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini..ketika mana dalam perjalanan pergi ke tempat program. Perjalanan ke sana memakan masa hampir setengah jam, namun disebabkan hujan yang turun pada hari kejadian, perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut memakan masa hampir Satu Jam..

Biasanya untuk kesana saya akan lalu jalan dalam coz lebih selamat dari kenderaan besar (lori kontena, bas dan yang seangkatan dengannya). Namun cuaca hujan pada hari tersebut menyebabkan saya bersama rakan mengambil keputusan untuk lalu jalan luar sahaja..lagi pula kami bertolak lepas asar. Diringkaskan cerita, lebih kurang 5 minit lagi nak sampai ke tempat yang nak dituju motor saya buat hal..Allaahuakbar!!..ada skru yang tertanggal semasa dalam perjalanan menyebabkan besi dekat tayar motor belakang terjatuh. Ditakdirkan Allah kejadian ni  berlaku elok je bersebelahan dengan kedai makan dan kebetulan orang yang pandai baiki moto ada disitu. Tidak dapat saya bayangkan andai kejadian ini berlaku ketika saya melalui jalan luar yang sering kenderaan besar berada dibelakang saya..hati saya sebak, memikirkan Ya Rahman syukur kau masih memberi ruang pada hambaMu untuk menyucikan diri dari noda sebelum bertemu denganMU..

Ada lagi beberapa peristiwa kecil yang lain...yang tu tak pe lah...biar ia tersimpan dalam memori ingatan saya..



Friday, April 8, 2011

Imtihan Nihaaie


Sekarang dah minggu ke 13 Kuliah...tnggal seminggu je lagi nak exam...
sahabat2 teruskan usaha...Ulangkaji n terus mengulangkaji..
Mg kita sama2 peroleh keberkatan dalam menuntut Ilmu di Bumi Murabbi

Jazakumullaahukhairul jaza' buat semua lectre (Dr Hilmi, Dr Muni'm,Dr Yahya, Dr Ahmad Shalih, Dr Omari, Ustaz Anas,Ustaz Fauzi, Pn Mariyati,  yang x pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami,
Mg Allah membalas dengan sebaik2 balasan..Aaamiin


To my mum...doakan anakmu ye..
(mesti mak kata gini.."ye x pernah tinggal doa untuk hangpa"..Tq Mak)..
benarlah sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga..:)

Jom kita saling beringat

Peringatan buat yang sukakannya !!

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh :
Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Thursday, April 7, 2011

Usrati Jannati

Salam Sayang penuh kerinduan to My Family Al-Mahbubah..



Peluang Pekerjaan

Berita baik !!!
Kepada guru-guru agama, tawaran hebat kepada anda
Berbakti kepada masyarakat sambil menambah pendapatan anda


Perkhidmatan Pengajian Islam
Kami adalah sebuah organisasi yang berpengalaman hampir 6 tahun dalam sistem pengajian Islam bersedia memberi perkhidmatan pengajian :
A) al-Quran ( asas / bacaan / hafalan / tarranum )
B) Tajwid ( mengenali satu per satu hukum pada setiap ayat )
C) Terjemahan dan tafsir
D) Fiqah ( mengenai hukum-hukum dalam Islam )
E) Tauhid ( mengenai ke-Tuhanan )
F) Tassawuf ( membentuk jatidiri mulia )
G) Hadith ( perkataan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W )
H) Amalan Sunnah ( cara kehidupan Nabi )
I) Bahasa Arab 
J) Tulisan Jawi
K) Kaunseling ( berkaitan masalah anak-anak & keluarga )


Antara Pakej yang disediakan :

Rm 20, Rm 35, atau Rm50 sebulan

* Harga tertakluk kepada terma & syarat 

* Perkhidmatan ini disediakan untuk Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pejabat Swasta, Institut Pengajian Tinggi (IPTA & IPTS), Sekolah, Tadika, Masjid atau Surau, serta rumah ke rumah (kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas).

* Hari, Waktu, Tempat, Ustaz/Ustazah, ditetapkan oleh anda.



Profil Syarikat:



Pemilik            : Al- Hafiz Nikmatullah Bin Al-Hafiz Ahmad Hamizi

Nama Syarikat  : Nihasmi Global Management ( NGM )

No Pendaftaran : ( AS0326672-V )


Jika berminat boleh hubungi saya - 
Atiqah Hasbi ditalian  019-4487946, 
sebarkan juga kepada sahabat2 anda yang masih mencari peluang pekerjaan.
Boleh lawat laman web ni untuk penjelasan lebih lanjut : 

Renungan bersama..



www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi