selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"

Wednesday, April 20, 2011

Selamatkan MALAYSIA

Hari ini saya nak berkongsi  beberapa maklumat berkaitan Politik sikit...jangan kata politik tidak penting..sekalipun anda sudah merasa muak dan bosan dengan permainan politik yang berlaku pada hari ini namun sebagai seorang rakyat anda harus cakna dengan perkembangan yang berlaku..

Jom lihat hasil pemerintahan Negeri bawah Pakatan Rakyat walaupun baru beberapa tahun memerintah kecuali Kelantan..MABRUK !!

Tengok tu bukan sikit...tak dapat bayang kalau Allah izinkan BN perintah di Kelantan..Nauzubillah

Anda sendiri boleh menilai..ini baru tengok pendapatan balak sahaja, belum lihat hasil yang lain..Alhamdulillah Allah izinkan orang yang selayaknya berKuasa di Kedah Darul Aman...Orang Kedah Bijak!! teruskan CELIK nah dalam PRU akan datang..

Beralih ke Negeri Pulau Pinang..semua maklum Ketua Menterinya cuba mencorak pemerintahan seperti Umar Abd Aziz..Subhanallaah.. Lim Guan Eng pun ada keinginan nak perintah cara Islam..Mudah2an Allah beri hidayah kepada beliau..Allaahumma Aaamiin 
                                                            

Seterusnya Negeri kelahiran ambo...Selangor yang terCINTA..negeri yang terkenal dengan Lubuk Rezeki


Baru tengok hasil pasir...MasyaAllah jauh berbeza dengan pemerintahan sebelum ini..
Orang Selangor...teruskan mengundi Calon yang benar-benar nak bawa agenda Islam.. Bayangkan sekiranya dalam PRU13 nanti Allah izinkan kemenangan berpihak kepada orang yang selayaknya..i'Allah aman Malaysia..
  
Bagi sesiapa yang dah boleh mengundi jangan buat-buat lupa nak pergi daftar mengundi...Time PRU nanti celikkan mata hati anda..setiap Undian anda amat berHARGA..bagi individu yang bencikan dengan Politik Malaysia ni...Ingat! Nabi kata "Seseorang Muslim yang tidak mengambil berat akan urusan orang Islam Dia bukanlah dikalangan mereka"..

kita sebagai rakyat sebenarnya punya KUASA menentukan jenis pemerintahan yang bagaimana yang kita mahukan..sama ada yang ZALIM atau yang ADIL...yang KOTOR rekodnya atau yang BERSIH..

Buatlah penilaian sebaiknya..Jangan disebabkan Undian kita menyebabkan tertegaknya Pemerintahan yang Korup, zalim lagi menyesatkan..

Anda mampu mengubahnya..!!

"Ya Allah selamatkan kami dari Pemerintahan yang Zalim
celikkan mata hati kami dengan Kebenaran Ya Rahman
Lemahkan musuhMu Ya Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa
Berilah mereka Taufiq dan Hidayah sebelum tibanya Hari Penyesalan
Kurniakan lah kami nikmat mengecapi Baldatun Thaiyyibatun  Warabbun Ghafur
Perkenankanlah Ya Allah"








Berbezanya Kita..!!

Seribu satu rasa nak menulis entry kali ni...secara jujurnya saya bukanlah jenis yang suka nak menulis...tapi kalau suruh bercerita sangat suka..pantang bagi mikrofon..selalu je lebih masa..:)

Sedih melihatkan program realiti kita di Malaysia...banyak yang menyumbang kearah negatif berbanding positif..sedari umur 5 tahun lagi anak-anak kita sudah dihidangkan dengan perkara hiburan..bahkan sampai tahap melampau..Dari bintang kecil, mari menari, kamilah bintang sehinggalah sehati berdansa, mento-mente, akademi fantasia n banyak lagi la...confirm korang lebih tahu..

Benar, hiburan itu tiada salahnya tetapi malangnya hiburan yang tersaji depan mata mereka kebanyakannya tidak kearah hendak menyuburkan rasa cinta terhadap Rasulullah S.A.W....apatah lagi untuk mengingatkan mereka tentang keEsaan Allah,..berapa kerat sangatlah program realiti yang ada unsur nak melahirkan insan berjiwa Rabbani...macam Akademi Al-Quran,Imam Muda,Mari Mengaji, Semanis Kurma, Al-Hidayah, Halaqah dan sebagainya. 

Seronok rasanya bila melihatkan satu rancangan realiti bukan versi Melayu tapi versi Arab...rancangan ni nak menguji sejauh mana caknanya kita terhadap apa yang NABI s.a.w ajarkan kepada kita..


Agak-agak kalau berlaku kat kita, mana satu respon kita adakah seperti lelaki yang kedua atau pun buak dek je macam lelaki yang pertama tadi...ermm..bila ye yang versi Melayu akan muncul?? ada tak mana-mana Stesen televisyen Di Malaysia ni sudi nak tayangkan rancangan mcm ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi