selamat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

"kata Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab karangannya Fiqhul Jihad "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan SATU JIHAD UTAMA"
www.tips-fb.com

Wednesday, May 4, 2011

Untungnya Rakyat Selangor !!!

Sebagai rakyat SELANGOR  apakah HAK ANDA
dan
KEISTIMEWAANYA



NEGARA BERKEBAJIKAN

Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia menyumbang lebih dari 58% KDNK Malaysia. Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan Berkebajikan maka satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah dilaksanakan bermula tahun 2008. Tujuan agenda MES ini adalah untukmenyalurkan kekayaan negeri dan hasil yang diperolehi supaya dapat diagihkan kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama dan fahaman politik. Agenda ini berkemampuan untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini. Ini secara tidak langsung dapat menigkatkan taraf kehidupan rakyat di Selangor. 

Fasa I :
1. Tabung warisan anak Kelahiran Selangor (TAWAS)
2. Bekalan air percuma bagi 20 meter padu
3. Hadiah anak masuk Universiti
4. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
5. Mewujudkan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
6. Tabung Anak Pekerja Ladang

Fasa II : 
1. Kemudahan Cuti Bersalin (90 hari) ;
2. Kemudahan cuti untuk suami yang isterinya bersalin (14 hari) ;
3. Cuti kematian suami (30 hari) ;
4. Caruman takaful (OKU dan anak yatim)
5. Tuisyen rakyat

Fasa III :
1. Skim kesihatan wanita (Mamogram) ;
2. Bantuan kepada peniaga muda (Graduan yang tidak dapat pekerjaan) ;
3. Bimbingan perniagaan kepada belia ; 
4. Bantuan anak ke taska ;
5. Bantuan anak tadika ;
6. Bantuan mendirikan rumah tangga ;
7. Elaun ibu tunggal ;
8. Elaun khas suri rumah ;
9. Bantuan memiliki rumah tangga.


BEKALAN AIR 20 METER PADU PERCUMA

Membekalkan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik bermeter individu


HADIAH IPTA / IPTS

RM 1,000 diberikan kepada anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke IPTA / IPTS yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari keluarga berpendapatan rendah.


TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)  

Pemberian simpanan permulaan oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini akan menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan TAWAS.


SKIM MESRA USIA EMAS

Khairat Kematian bernilai RM 2,500 termasuk bayaran RM 1,000 dalam tempoh 24 jam selepas warga emas berdaftar meniggal dunia.


TUISYEN RAKYAT PERCUMA (PTRS)

Menyedari bahawa pendidikan yang sempurna dapat mengubah dan mempertingkatkan taraf hidup seseorang maka kerajaan Selangor memberi tuisyen secara percuma untuk subjek teras seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik,  dan Bahasa Inggeris. Pelajar PTRS juga diberi peluang mengikuti Kem Motivasi SPIES, Seminar Teknik Dan Strategi Menjawab SPM, Pecutan Akhir SPM serta Solat Hajat Perdana secara PERCUMA


SKIM MIKRO KREDIT 

Skim ini bertujuan membantu golongan miskin berpendapatan memperoleh dana bagi memulakan atau melebar luas perniagaan sedia ada sebagai salah satu usaha membebaskan daripada kepompong kemiskinan.


BUKU JINGGA

Jika diberikan mandat untuk menerajui Malaysia maka Pakatan Rakyat akan melaksanakan Pelan 100 hari pemerintahan  

1.   Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan ;

2.   Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ;

3.   Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Nasional Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

4.   Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan  memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

5.   Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka ;

6.   Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan  swasta kepada kerajaan ; 

7.   Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar ;

8.   Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA ;

9.   Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, dan Kelantan kepada 20 peratus ;

10.  Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah

Diterbitkan oleh :
Unit Media Portfolio Penerangan
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi 
No. 8 Jalan 1/4 Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor Darul Ehsan 
Tel/Fax : 03-8925 0891
e-mail : drshafien26@gmail.com  

SEBARKANLAH KEBAIKAN INI JIKA BENAR KAMU CINTAKAN KEBAIKAN UNTUK DIRIMU

kepada Rakyat Selangor...Untung x anda??
Kepada seluruh rakyat Malaysia...apa point yang saya nak cakap kat sini...Jika Pemerintah yang cintakan Keadilan memegang tampuk pemerintahan.. I'Allah pulangannya akan kembali kepada rakyat..


~Erti Hidup Pada Memberi~
(bak kata Ustaz Hasrizal)

2 comments:

  1. harapnya selangor xdirampas oleh org yg x bertangungjawab...zaman ana (zaman kerajaan dlu) xde pon hadiah(duit) plajar2 STAM...skrg ni plajar2 STAM dpt hadiah wlaupun skadar jayyid...

    ReplyDelete
  2. Alhmdulillah...ni lah nikmatnya Bila Pemerintah yang Adil...ni baru selangor..klu Kerajaan Pusat pun diserahkan kepada yang berhak ...MasayaAllaah..berganda2 manfaat menanti rakyat

    ReplyDelete

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Motivasi